Peraturan Pertandingan Touch Rugby Perempuan




1.0             PUSINGAN AWAL

1.1      Pada pusingan awal pertandingan akan dijalankan secara liga.  Undian pasukan dijalankan secara ’free for all’ oleh pengetua SMS Teluk intan, Pengerusi Teknik Ragbi SBP, Pengerusi Teknik Ragbi MSS Perak/Malaysia, dan wakil dari Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

1.2      Sebanyak 20 pasukan perempuan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan bermain pada pusingan awal dalam 4 kumpulan secara liga dalam kumpulan.

2.0             PUSINGAN KE-2 DAN AKHIR

2.1      Johan dan Naib Johan kumpulan akan bermain untuk play-off bagi kategori Cup / Plate.

2.2      Tempat Ke-3 dan Ke-4 akan bermain play-off bagi kategori Bowl / Shield.

2.3      Tempat ke- 5 akan bermain dalam semi final kategori Spoon.

2.4      Format kalah singkir akan diaplikasi pada peringkat separuh akhir setiap kategori.

3.0          UNDANG-UNDANG PERMAINAN

               Kejohanan ini akan dimainkan menurut Undang-Undang Permainan Ragbi Lembaga Ragbi Antarabangsa (Variasi Bawah Umur 19 Tahun) yang diterima pakai oleh Kesatuan Ragbi Malaysia dan MSSM.


4.0          KELAYAKAN PASUKAN

4.1          Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 12 orang pemain dan 3 orang pegawai pasukan    terdiri dari pengurus pasukan dan jurulatih.

4.2          Pendaftaran pasukan hendaklah dibuat sebelum perlawanan pertama pasukan tersebut dan pendaftaran tidak boleh dipinda selepas perlawanan pertama pasukan tersebut.

4.3          Semaksimum 6 pertukaran pemain secara ’rolling substitution’ dibenarkan.


5.0          KELAYAKAN PEMAIN

5.1          Semua pemain hendaklah terdiri daripada pelajar yang berdaftar dengan sekolah masing-masing dan berumur tidak lebih daripada 16 tahun pada 1 Januari 2018.

6.0          SISTEM PERTANDINGAN

6.1          Pusingan Awal
              
6.1.1       Pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

6.1.2       Pada pusingan awal pertandingan akan dijalankan secara liga dalam kumpulan.

6.2          Pusingan Kedua
              
6.2.1       Johan dan Naib Johan kumpulan akan bermain untuk play-off bagi kategori Cup / Plate. Pasukan yang menang dalam peringkat ini akan bermain  dalam Kategori Cup, manakala pasukan yang kalah akan bermain dalam Kategori Plate. Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

6.2.2       Tempat Ke-3 dan Ke-4 akan bermain play-off bagi kategori Bowl / Shield. Pasukan yang menang dalam peringkat ini akan bermain  dalam Kategori Bowl, manakala pasukan yang kalah akan bermain dalam Kategori Shield. Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.

6.2.3   Tempat ke- 5 akan bermain dalam semi final kategori Spoon, Pertandingan akan dijalankan secara kalah singkir.


7.0          KEDUDUKAN DALAM LIGA / KALAH MATI

7.1          Untuk pertandingan secara liga, mata berikut akan diberikan:

                              Menang  :              3 mata
                              Seri         :              1 mata
                              Kalah     :              0 mata

7.2          Jika 2 atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama,   pemenang kumpulan akan ditentukan mengikut sistem berikut:

                              7.2.1       Pasukan yang mendapat lebih perbezaan skor dikira menang.
7.2.2       Jika masih seri, pemenang yang mendapat jumlah skor yang terbanyak dikira menang.
7.2.3       Jika masih seri, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya dikira menang dan,
                              7.2.4       Jika masih seri, jumlah pungutan(i) Try akan diambil kira.
                              7.2.5      Jika masih seri, lambungan syiling best of 3 akan diguna pakai bagi menentukan
                                             pemenang.


7.3          Dalam pertandingan mengikut sistem kalah singkir,  jika berlaku seri selepas sesuatu  perlawanan, langkah-langkah berikut akan digunakan untuk menentukan pemenang.
              
                             
                              7.3.2       Sekiranya keputusan seri , maka  tambahan masa 2 minit secara sudden death akan
                                        dijalankan dan bilangan pemain dikurangkan kepada 4 orang.
                              7.3.3       Jika masih seri, lambungan syiling ”best off 3” akan diadakan.


8.0          MASA PERLAWANAN

8.1          Masa perlawanan bagi bagi semua perlawanan akan dijalankan selama 10 minit sehala.

8.2         Hanya masa untuk perlawanan Akhir Kategori Cup Sahaja ialah 7 minit – 2 minit – 7 minit.


9.0          PERTUKARAN PEMAIN

Pemain boleh digantikan secara rolling substitution pada bila-bila masa dalam setiap perlawanan.


10.0        MASA MELAPOR

10.1        Semua pasukan mestilah berada 10 minit sebelum masa perlawanan.

10.2        Semua pengurus pasukan mestilah menghantar senarai nama pemain   10 minit sebelum masa perlawanan kepada pegawai pertandingan.

10.3        Setiap pasukan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya 4 pemain untuk memulakan perlawanan.Jika tidak, kemenangan percuma akan diberikan kepada lawannya dengan skor
3 – 0.

10.4        Jika satu pasukan tidak melaporkan diri kepada pengadil 5 minit selepas masa yang               ditentukan, maka perlawanan tersebut akan dibatalkan dan kemenangan percuma diberikan 
              kepada pasukan lawan.




11.0        BANTAHAN

11.1        Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa Tiga Puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

11.2        Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan ialah 3 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.

11.3        Setiap bantahan (11.1 dan 11.2) mestilah disertakan dengan wang tunai RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Wang tidak akan dikembalikan jika bantahan itu tidak berjaya.

11.4        Hanya bantahan yang melibatkan aspek teknikal yang akan dilayan. Bantahan yang melibatkan keputusan pengadil tidak akan diterima. Keputusan Pengadil adalah muktamad.


12.0        JAWATANKUASA TATATERTIB DAN DISIPLIN

-         Pengerusi Pengelola atau wakilnya
-         Setiausaha Kejohanan atau wakilnya
-         Pengerusi Teknik Ragbi SBP
-         Pengadil Perlawanan ( Jika perlu )
-         3 orang Pengurus Pasukan yang berkecuali
-         Pegawai dari BSBPSK


13.0        JAWATANKUASA RAYUAN

               -      Pengerusi Pengelola Kejohanan
-      Setiausaha Pengelola Kejohanan
               -      Pengerusi Teknikal Kejohanan
               -      Pengurus Pasukan Ragbi Berkecuali
-      Pegawai dari BSBPSK


14.0        TINDAKAN TATATERTIB DAN DISIPLIN

Mana-mana pemain yang menerima Kad Kuning (Amaran), pemain tersebut akan direhatkan (Sin Bin) selama 2 minit di Meja Teknikal. Mana-mana pemain  yang menerima Kad Merah (Dibuang padang), pemain tersebut akan digantung daripada perlawanan tersebut dan 1 (Satu) perlawanan seterusnya. Pemain tersebut hanya boleh bermain dalam kejohanan setelah Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin membuat sebarang keputusan. Sebarang rayuan dirujuk terus kepada Jawatankuasa Rayuan.


15.0        PENGADIL

               Pengadil dilantik oleh Jawatankuasa Pengelola dengan kerjasama MSSM.


16.0        PENTAKSIRAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak mentafsir segala perkara yang tidak disiarkan dalam Undang-Undang Pertandingan ini dan keputusannya MUKTAMAD